Malam semalam semasa menghadiri Mesyuarat Latihan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, saya diberi tanggungjawab sebagai Pengacara (Toastmaster of The Day) mengendalikan sesi perjalanan mesyuarat berkenaan.
Saya tertarik dengan petugas Juru Tajuk Bualan Encik Ridwan Siddiq ATMS, CL melontarkan soalan tajuk bualan dalam bentuk kata pepata (pribahasa). Bentuk soalan seperti ini dapat mengasa minda peserta mesyuarat masing-masing dengan pendapat dan cara tersendiri membahas soalan berkenaan.
Yang sukmanya tidak ada seorang peserta pun tidak terlibat menjawab soalan tajuk bualan, semuanya mendapat peluang membahas setiap soalan.
Ada seorang pemidato (ahli baru, Toastmaster Dayang Jarinah) menyampaikan ucapan Manual Competent Communicator Ke-2 (CC-2) membawa tajuk IBU dan kebetulan saya sebagai penilai ucapan beliau.
Pidatonya sesuai dengan panduan Manual CC-2 di mana pemidato dikehendaki merangka dan menyusun bentuk ucapan standard merangkumi pembukaan, isi kandungan dan penutup. Saranan malamat ucapan ini adalah supaya pemidato menghujjahkan penutup yang bertenaga.
Saya tertarikh dengan cara ia merumuskan dan mengakhirkan pidato itu dengan deklimasi sebuah sajak yang menggambarkan keseluruhan kandungan ucapan beliau.
Saya berpendapat bentuk penutup pidato yang beliau susun itu amat bertenaga serta menarik pendengar menghayatinya, sajak itu berbunyi seperti berikut:
Engkau...
tempuhinya dengan tabah
sembilan purnama dalam bagai idam
bertarung nyawa untuk nyawa
membelai hingga dewasa
dengan rundung doa harapan
dengan segala pengalaman
suka duka tangis dan ketawa
Tapi hari ini...
kuingin bibirmu
mekar dengan senyuman
bagai kelopak
dicium suria pagi...
" Selamat Hari Ibu... Ibu... "
Sumber: Admin
0 comments: