18 Mac 2014

Kehilangan MH370 Sungguh Dramatik...


 
Gambaran kebarangkalian jika Pesawat MH370 selamat mendarat


Pelbagai andaian dan kebarangkalian dikemukakan oleh banyak pihak Peristiwa MH370 sungguh dramatik hingga menarik perhatian seluruh dunia. Motif dan tujuan sebenar kehilangan pesawat Boeng 777-200 MH370 semua pihak tidak mengetahuinya hanya Pengarahnya yang lebih maklum (siapa Pengarahnya...? Itu yang menjadi tanda tanya).

Ada pepatah mengatakan "SUDAH JATUH DITIMPAH TANGGA PULA"..... Bayangkan kesiannya MAS yang baru sahaja mengalami kerugian besar, kini dihimpit pula dengan insiden kehilangan pesawat. Ini tentunya melibatkan penambahan kos yang bukannya sedikit.

Juruterbang bersama kru-kru yang lain turut menerima tempias keadaan, mereka tidak berdaya, hanya mengikut apa yang diarahkan dalam pesawat itu. Siapakah yang mengarah dalam pesawat...? Itulah yang ingin kita ketahui.

Menjadi mangsa adalah semua penumpang yang tidak tahu apa-apa berkenaan perancangan yang lebih awal disusun dengan rapi oleh pihak yang bertanggunjawab berhubung kehilangan pesawat itu.  Simpati... simpati... simpati... perlu difokuskan kepada semua penumpang, bukan itu sahaja... keluarga mereka yang menunggu-nunggu maklumat keberadaan MH370 turut terlibat di dalam kesedihan yang amat sangat.

Sebaik Perdana Menteri mengumumkan menghentikan pencarian di Laut China Selatan dan dialihkan kepada dua arah iaitu Koridor Utara dan Selatan India, maka ramai pihak rasa lega kerana mereka mendapat harapan pesawat yang hilang itu akan ditemui semula dan semua penumpang selamat.

Saya pun turut tumpang meneka jawapan persolan kehilangan pesawat MH370 itu dengan mengimbas kembali sejak kehilanganya pada 8 Mac lepas hingga ke pagi 18 Mac (hari ini).

Jika pengendali penerbangan pesawat MH370 mengelak daripada dikesan oleh mana-mana radar bermula dari Laut Andaman, pesawat itu diterbangkan ke pulau Diego Garcia (milik British) dipajak oleh Amerika Syarikat selama 60 tahun dijadikan pengkalan ketentraan yang sangat rahasia. Sungguhpun pulau ini nampak kecil namun memiliki kelengkapan lapangan terbang yang boleh mendaratkan pesawat besar seperti Boeing 777-200 malah pesawat yang lebih besar daripada itu.

Kalaulah penekaan saya ini kebetulan, pesawat itu selamat bersama semua penumpangnya termasuk juruterbang dan anak kapal.

Bagaimanana ending atau menamatkan cerita yang amat menarik dan dramatik ini, tentunya pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan ini lebih awal tahu bagaimana ianya diselesaikan.

Selama perancangnya tidak diketahui selagi itu proses pencerahan insiden ini akan memakan masa yang agak panjang. Ini akan menimbulkan pelbagai perkara lain yang akan dihadapi oleh MAS dan negara.

Yang pasti MAS akan menanggung liabiliti yang semakin bertambah.... dan seperkara lagi negara kita terdedah kepada soal keselamatan yang mudah dibolosi.

Rakyat seperti kami, hanya mampu menunaikan solat hajat dan tahjjud kemudian munajat ke Hadirat Ilahi memohon limpah kurina keselamatan terhadap insiden yang telah berlaku semoga Allah menurunkan pertolonganNya, memudahkan pencarian termasuk keselamatn mangsa keadaan.


Oleh: Admin



0 comments: