12 September 2013

Advanced Communicator Bronze (ACB) dI TOASTMASTERS INTERNATIONAL


Salam Sejahtera dan Salam Hormat Rakan-rakan semua.

Ini adalah pencapaian tahap ke-dua saya telah perolehi iaitu Advanced Communicator Bronze (ACB) daripada Toastmasters International melalui Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada Majlis Instalasi 2013 yang telah diadakan di Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan baru-baru ini.

Selain itu, saya juga turut mendapat penghargaan kerana bertugas sebagai Treasurer dalam Jawatankuasa Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada penggal 2012-2013.

Penggal 2013-2014 ini saya diberi kepercayaan untuk memegang tugas sebagai Vice President Education dalam jawatankuasa kelab. Ia adalah menyangkut tugasan mengurus dan menyelia program pendidikan ahli-ahli Toastmasters di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, mengikut sasaran Distinguished Club Program (DCP).

Suka saya berkongsi dengan anda semua terutama rakan-rakan pemimpin masyarakat bahawa amat penting kita menitikberatkan pembelajaran sepanjang hayat.

Ketika mula saya menyertai Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, saya beranggapan ianya seperti kelab-kelab biasa sahaja. Namun tidak samasekali, aktivitivi yang dilakukan di Toastmasters International adalah program pendidikan terutama berkaitan dua jurusan asas iaitu kemahiran komunikasi atau pengucapan awam dan kemahiran kepimpinan.

Terdapat lebih 13,500 buah Kelab Toastmasters di 116 negara seluruh dunia menawarkan program pendidikan kepada ahli-ahlinya termasuklah Kelab Pidato Toastmasters Sandakan, satu-satunya kelab Toastmasters bahasa melayu di Sabah.

Di Toastmasters International inilah anda berpeluang untuk mengikuti program pembelajaran sepanjang hayat. Bermula dengan latihan memperkasa pengunaan bahasa melayu dan pengucapan awam dengan berkesan, pelbagai teknik penyampaian pidato, meningkatkan penggunaan perbendaharan kata, latihan berfikir secara pantas, pengurusan masa, latihan mengendalikan mesyuarat dan latihan kepimpinan melalui penglibatan mengambil bahagian dalam memegang tugas jawatankuasa kelab, dan seterusnya akan menjadi individu yang berkeyakinan.

Semuanya itu anda pelajari secara praktikal  ( learning by doing )  tak ubah seperti anda belajar di sebuah kolej atau universiti yang menawarkan subjek yang sama. Kelebihan di Toastmasters International ialah, anda mengeluarkan kos pembelajaran yang paling minima.


Menerima Sijil Penganugrahan dari President Kelab (2012/13) Sh Fatimah Sf Ameeril


Toastmasters International di ikhtiraf seluruh dunia sebagai satu institusi pembelajaran untuk menjalankan latihan pengucapan awam dan kepimpinan. Ramai yang telah melakukan anjakan perubahan ke atas diri sehingga mencapai tahap kepimpinan eksekutif setelah menyertai Toastmasters.

Tahun ini saya cuba untuk melatih diri bagi memperolehi pencapaian sebagai Competent Leader (CL) iaitu program kepimpinan. Selepas itu barulah saya akan meneruskan perogram pengucapan awam untuk memperoleh Advanced Communicator Silver (ACS) dan Advanced Communicator Gold (ACG).

Rakan-rakan sekalian, datanglah ke Pusat Latihan pengucapan awam Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada setiap minggu ke-dua dan ke-empat tiap bulan bermula jam 7:30 - 10:00 p.m. di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Airport, Batu 7, Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.


Sumber: Admin


0 comments: