10 Mei 2013

Kabinet Negeri Sabah selepas PRU13


Kabinet Negeri Sabah 2013 - 2018


Kerajaan Sabah mewujudkan Kementerian Tugas-tugas Khas menggantikan Kementerian di Jabatan Ketua Menteri dalam Kabinet Baru negeri yang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) Sabah menang majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Portfolio itu disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang yang menggantikan ADUN Senallang, Datuk Nasir Sakaran yang sebelum ini menyandang jawatan Menteri di Jabatan Ketua Menteri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kekal sebagai Menteri Kewangan dan tiga timbalannya adalah ADUN Tambunan, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, ADUN Petagas, Datuk Yahya Hussin dan ADUN Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Pairin turut dilantik Menteri Pembangunan Infrastruktur, Yahya (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) manakala Raymond yang menggantikan Datuk Dr Yee Moh Chai memegang portfolio Menteri Pembangunan Perindustrian.

Datuk Seri Musa Hj. Aman berkata demikian pada sidang media ketika mengumumkan Exco kerajaan negeri Sabah di kediamannya di Sri Gaya, pada Jumaat.


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman mengumumkan Senarai Kabinet Sabah


KABINET NEGERI SABAH

Ketua Menteri: 
Datuk Seri Musa Aman 

Timbalan Ketua Menteri:
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah

Kementerian Kewangan 
Menteri:  Datuk Seri Musa Aman
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ramlee Marahaban (muka baru)
2. Datuk Michael Asang

Kementerian Pembangunan Infrastruktur
Menteri:  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Pembantu Menteri:
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Menteri:  Datuk Yahya Hussin
Pembantu menteri:
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli

Kementerian Pembangunan Perindustrian
Menteri:  Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu menteri:
1.Datuk Bolkiah Ismail

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Menteri:  Datuk Hajiji Noor
Pembantu Menteri:
1. Datuk Zakaria Edris (muka baru)
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam (muka baru)

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Menteri:  Datuk Masidi Manjun
Pembantu menteri:
1. Datuk Pang Nyuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi (muka baru)

Kementerian Tugas-Tugas Khas
Menteri:  Datuk Teo Chee Kang (muka baru)
Pembantu Menteri:
1. Datuk Ariffin Arif (muka baru)
2. Datuk Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin

Kementerian Luar Bandar
Menteri:  Datuk Radin Malleh (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Nilwan Kabang (muka baru)

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Menteri:  Datuk Siringan Gubat (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Datuk Hamisah Samad (muka baru)

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri:  Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Masiung Banah (muka baru)

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Menteri:  Datuk Jainab Ahmad (muka baru)
Pembantu menteri:
1. Anita Baranting (muka baru)


Sumber: Berita Harian



0 comments: