19 Januari 2013

Talian Hotline aduan Kilang tidak beli buah sawit




Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernad Dompok berkata, Kementerian Perusahaan dan Komoditi (MPIC) melalui MPOB telah mewujudkan talian Hotline di empat daerah di Sabah bagi membolehkan penanam sawit membuat aduan sekiranya terdapat pengilang sawit tidak membelih buah tandan sgar (FFB).

Talian Hotline berkenaantelahpun diakttifkan bermula 1 Januari 2013, seperti berikut:

088-493700    -  Kota Kinabalu
089-867545    -  Lahad Datu
089-7776110  -  Tawaui
089-2242480  -  Sandakan

Bernad Dompok menjelaskan demikian semasa sesi dialog dengan industri sawit Sabah bagi mendapat maklum balas mengenai isu Kilang sawit yang tidak membeli buah sawit daripada penanam sawit di Sandakan baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) adalah berpunca dari permintaan yang lembab di pasaran eksport utama seperti China, Kesatuan Eropah, India dan Amerika Syarikat.

" Ini adalah kerana susulan pertumbuhan ekonomi yang menurun di negara-negara berkenaan akibat daripada krisis kewangan yang secara langsung menjejaskan permintaan MSM. "  Katanya.

" Bagi meperkukuhkan harga MSM, kerajaan telah melaksanakan mekanisma supply management termasuk mensasarkan penebangan 100,000 hektar pokok sawit yang berumur melebihi 25 tahun melalui Skim Insentif Tanam Semula Sawit 2013 (STTS2013) yang dilancarkan pada 1 Januari 2013 lalu. "  Jelasnya.

Katanya.  " STTS2013 menyediakan insentif sebanyak RM1,000 sehektar untuk penanaman semula sawit dengan bahan tanaman berkualiti bagi meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjng. "

Bernad Dompok berkata, bagi meningkatkan daya saing MSM di pasaran global, kerajaan telah mengurangkan duti eksport CPO di antara 4.5 hingga 8.5 peratus dan menggantung pemberian kuota CPO tanpa duti mulai 1 Januari 2013 yang lalu.

Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan Program B5 (aduan 5 peratus ester metil sawit dengan diesel) dan menggalakkan penggunaan biobahanapi berasaskan sawit sehingga 10 peratus di lain-lain sektor.

" MPIC dan MPOB akan terus memantau kedudukan harga dan juga amalan pembelian FFB di samping mempertimbangkan lain-lain pendekatan untuk memperkukuhkan lagi harga MSM, bagi memastikan pendapatan pengusaha tanaman sawit tidak terjejas. "  Katanya.

Majlis Sesi Dialog itu dihadiri oleh 92 peserta yang membabitkan pengilang, penapis, peladang dan persatuan yang terlibat dengan industri sawit. Ini merupakan sesi dialog ke-2 diadakan selepas sesi dialog pertama yang diadakan di Kota Kinabalu pada bulan lepas.



Sumer: Utusan Sawit


Related Posts:

0 comments: