Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sebanyak tujuh (7) juta isis rumah dan indidvidu bujang memohon untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang pembayarannya akan dilakukan bulan depan.
Beliau memberitahu jumlah itu melibatkan 4.1 juta ketua isis rumah yang menerima BR1M tahun lepas dan bakinya adalah permohonan baharu yang melibatkan orang bujang kira-kira 1.7 juta selain isi keluarga yang baru memohon.
" Sebanyak 4.1 juta penerima BR1M tahun lepas kita bawa ke tahun ini tanpa perlu mendaftar semula. Kita jadikan lebih enam juta penerima BR1M tahun ini. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mengesahkan semua pemiohon baharu sebelum pembayaran dibuat. " Jelasnya.kepada wartawan selepas merasmikan bangunan Menara Hasil Sungai Petani, di Bandar Amanjaya, hari ini.
Katanya, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak akan melancarkan BR1M tahun ini pada 2 Februai depan, di mana pembayarannya akan dilakukan bermla 1 hingga 28 Februari.
" BR1M ini akan dikendalikan pejabat daerah atau pegawai pembangunan zon. Mereka akan uruskan dan memastikan penyampaian dilakukan sehingga semua yang layak menerima bayaran. " Katanya
Beliau berkata bayaran pada bulan depan hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar sehingga 31 Disember 2012.
" Kita tidak tutup lagi permohonan, kita beri masa buat permohonan. Bagi permohonan selepas 31 Disember, merek mungkin dapat selepas Februari. Ini kerana kita perlu masa untuk proses. Polisi Perdana Menteri semua yang layak akan dapat. " Katanya.
Jelasnya pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion. Tahun lepas, 4.1 juta penerima mendapat manafaat daripada BR1M dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.
BR1M yang mula diperkenalkan tahun lepas adalah diperuntukkan kepada rakyat atau ketua isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai sebanyak RM500 seorang.
BR1M 2.0 tahun ini, selain mengekalkan kelayakan sama untuk isi rumah, kerajaan turut memberi bantuan tunai RM250 kepada individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.
Sumber: Bernama
0 comments: