23 Julai 2011 - Menghadiri Majlis Pelancaran Program Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Sabah 2011 bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan anjuran Yayasan Pencegahan jenayah Malaysia / Malaysian Crime Prevention Foundation ( MCPF ). Majlis berkenaan bermula jam 8:00 pagi hingga ke jam 12:00 tengahari.
Perasmian Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Yee Moh Chai Timbalan Ketua Menteri Sabah / Meteri Pembangunan Sumber & Kemajuan Teknologi Maklumat mewakili Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Negeri Sabah.
Program ini bertujuan menarik perhatian dan kesedaran kepada masyarakat dan penduduk untuk mengelak dan menjauhi jenayah yang boleh mengundang seperti; peragut, perompak, buli, gengsterisme, gangguan seksual dan lain-lain berkenaan jenayah.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil perhatian oleh masyarakat terutama sekali remaja murid sekolah yang pada ketika ini menjadi sasaran penjenayah. Pada majlis ini turut dilibatkan penuntut-penuntut daripada Sekolah Menengah Merpati Sandakan.
Demikian dengan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat terdiri dari Ketua-Ketua Kampung, Kapitan-Kapitan Cina, Pengerusi-Pengerusi JKKK, Pengerusi-Pengerusi JKDB dan lain-lain pemimpin akar umbi telah turut diundang hadir pada majlis ini.
0 comments: