28 MEI 2011 - SABTU: UMNO Bahagian Batu Sapi telah menganjurkan Program Juara Rakyat bertemakan " WANITA DAN KELUARGA UMNO BATU SAPI " melibatkan 22 buah kampung dalam Kawasan N. 43 Sekong dan Bahagian Batu Sapi. Program berkenaan menumpuhkan aktiviti sukan dan riadah dikendalikan oleh UMNO Bahagian Batu Sapi termasuk tiga sayapnya Wanita, Pemuda & Puteri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mejor (K) Samsuddin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 43 Sekong.
Program Juara Rakyat ini bermula jam 8:00 pagi telah menawarkan aktiviti sukan dan riadah kepada penduduk 22 buah kampung seperti pertandingan, Futsal, Bola Tampar, Tolak Lori 3 Tan, Mengenyam Ketupat, Karaoke, Mewarna, tiup Tepung, Isi Air Dalam Botol, Ratu Fesyen, Tiup Belon, Lari Ikat Kaki dan banyak lagi. Program ini telah berjaya mengumpulkan warga UMNO Batu Sapi bersatu menjayakan aktiviti sukan.

Sumber: Admin
0 comments: