Mejor (K) Datuk Samsudin Yahaya (kiri) dan Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul
03 November 2012 – Sabtu: Menghadiri Program 1 Kampung anjuran Kumpulan Yayasan Sabah bertempat di Taman Mawar, Sandakan. Persamian majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya, ADUN N. 43 Sekong, Pengerusi Ko Nelayan Negeri Sabah dan Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi.
Program yang pertama kali pernah diadakan itu bermula sejak 7:00 pagi sehingga berakhir pada jam 5:00 petang melibatkan acara; taklimat pengambilan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KYS), kursus kraftangan, kursus masakan dan acara-acara seperti, pertandingan melukis, pertandingan karaoke, pertandingan futsal, sukanika dan kenduri sekampung.
Wakil Rakyat Kawasan Sekong Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya amat bergembira dengan adanya penganjuran seperti ini kerana ia dapat mengumpulkan masyarakat dari pelbagai kaum berpadu dalam penglibatan program komuniti merealisasikan konsep 1 Malaysia seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Yayasan Sabah.
Beliau berkata.
“ Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najid Tun Razak adalah mengutamakan rakyat. “
“ Kerana boleh kita saksikan pada Pembentangan Bajet Negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Amana, ianya mengutamakan kesejahteraan rakyat. “ Katanya.
“ Kerajaan BN amat prihatin kepada rakyat dengan pemberian BRIM Satu dan dalam bajet tahun depan kerajaan telah mengadakan BRIM Dua bukan itu sahaja, malah kerajaan berhasrat memberikan BRIM RM250 kepada belia yang layak. “ Jelasnya.
“ Tidak seperti apa yang dilakukan oleh pembangkang, sengaja meracuni pemikiran dan memecah belahkan masyarakat seperti tindakan mereka dalam penganjuran Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3. “ Katanya.
Samsudin berkata program seperti ini perlu dikembangkan juga ke kawasan lain dalam Bahagian Batu Sapi dan Kawasan-Kawasan DUN lain juga kerana program ini amat berkesan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya tiba di Perkarangan Pasar Taman Mawar
Seorang penduduk perumahan Taman Mawar memberitahu rayuannya kepada Wakil Rakyat N. 43 Datuk Samsudin
Lokasi Program 1 Kampung penuh sesak dikunjungi orang ramai dari pelbagai keturunan
Para pemimpin masyarakat Kawasan N. 43 Sekong
Para Pegawai Kolej Yayasan Sabah memberi taklimat berkenaan kursus yang ditawarkan
Pamiran Kraftangan oleh Jabatan Penjara Sandakan
Acara Sukanika
Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya berucap merasmikan Program 1 Kampung
Para Pemimpin Masyarakat bersama Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya
Para Pemimpin Masyarakat Kawasan N. 43 Sekong
Para Pemimpin Masyarakat bersama Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi
Encik Alawih D. Yusop bersama Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan Encik Elcospini Gustaham
Sumber: Admin
0 comments: