“Kami tidak menghadapi masalah pinjaman tidak berbayar yang tinggi. Dengan kaedah bayaran balik secara mingguan, kami berjaya mencatatkan kadar bayaran balik sehingga 99.6 peratus.“ Khalid Hasbullah Boestaman, Ketua Pegawai Operasi AIM
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sedang dalam proses penubuhan Institut Pembangunan Keusahawanan dan
Kewangan Mikro bertujuan mengukuhkan program pembangunannya.
Menurut Ketua Pegawai Operasi AIM, Khalid Hasbullah Boestaman intitut itu nanti akan menjadi platform kepada peminjam AIM meningkatkan pengetahuan dan pengurusan perniagaan pada tahap yang lebih tinggi. Penubuhan intitut itu dijangka menelan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM2 juta yang akan diurus oleh Amanah Ikhtiar Malaysia Sdn. Bhd.
Intitut itu bakal menawarkan kursus yang bersangkutan dengan kewangan, pengurusan perniagaan dan keusahawan yang mengambil tempoh masa enam bulan dan dua tahun.
AIM telah ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui surat Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia yang didaftarkan di bawah Akta Amanah tahun 1952 (Pindaan 1981) Akta 258, di mana ia menawarkan pinjaman dari RM3,000 sehingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik di antara setahun hingga lima tahun dengan cara bayaran balik pinjaman setiap minggu. Setakat ini, AIM telahpun menyalurkan kepada ahlinya atau dikenali sebagai “ Sahabat “ berjumlah RM7.5 bilion sejak penubuhan badan amanah itu.
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), menunjukkan bahawa purat pendapatan peminjama AIM telah menignkat kepada RM2,640 sebulan berbanding RM515 sebulan sebelum membuat pinjaman.
Sehubungan penubuhan institut pembangunan itu, Khalid Hasbullah Boestaman berkata. “ Kami akan memperkemaskan pusat latihan sedia ada dengan menaikkan tarafnya kepada institut. Institut itu akan mula berolerasi pada Januari tahun depan. Untuk permulaan, institut itu akan dibuka kepada kakitangan AIM di seluruh negara meningkatkan pengetahuan mereka dalam sektor kewangan dan pengurusan perniagaan. “
Para pakar yang bertauliah dari Institut Perbankan dan Kewang Islam Malaysia (IBFIM), Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEF) dan Akedemi Penyelidikan Shariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) akan terlibat menjadi tenaga pengajar institut itu.
Sumber: Berita Harian

0 comments: