20 Ogos 2012

Ucpan Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 2012



Perginya cahaya itu
Terbitnya fajar suria
Burung berirama berkicau riang
Memecah suasana pagi yang gemilang

Hari ini, hari yang berbahagia
Telah sepurnama berjuang
Kini mendapat kejayaan....

Sinar suria begitu merah ia menyala
Seakan mengerti kebahagiaan yang dinikmati
Meniti bibir jua di hati.....

Kini.....
Aidilfitri bertemu kembali
Mengikat kasih ukhuwah yang dibina
Mengertakan tautan kasih yang terlerai
Dalam tutur santun bicara
Tersemat seribu makna
Tersurat satu persoalan
Tersirat seribu jawapan
Hanya pandangan mata dan bisikan hati
Mengerti makna sebenar Aidilfitri.....

Dikala hujan itu....
Kata-kata maaf menjadi ungkaian bicara
Memohon mendapat rahmat
Memohon mendapat hidayat

Undurnya langkah bukannya mengalah
Maranya tapak bukannya mahu melawan
Tapi......
Geraknya kaki itu
Adalah untuk membuka
Satu lembran dalam hidup sempena
SYAWAL YANG TIBA......


Salamu'alaikum dan salam sejahtera.

Dengan sepenuh tulus ikhlas sempena hari mulia ini kepada semua sanak-saudara, sahabat-handai, rakan-taulan dan seluruh ummat Islam di negara tercinta ini dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan EID MUBARAK dengan disematkan restu doa harapan semoga kita semua merai kebahagiaan Hari Raya sebenar atau Eid yang hakiki insyallah ameen.

Ikhlas daripada 
Encik Alawih D. Yusop & keluarga



0 comments: