26 Ogos 2012

Kunjungan Ke Rumah Terbuka Aidil Fitri Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya - 2012




25 Ogos 2012  -  Sabtu:  Datuk Seri Musa Hj. Aman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan Ketua Menteri Sabah berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapidan ADUN Kawasan N. 43 Sekong. Beliau tiba bersama rombongan sekitar jan 2:00 tengahari.

Turut hadir Ahli Parlimen Batu Sapi YB Datin Linda, ADUN Elopura YB Au Kam Wah, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan tuan Hj. Hamsan Awang Supain. Majlis rumah terbuka tersebut dibanjiri oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Kawasan Batu Sapi terdiri Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Ketua-Ketua Kampung, Pengeruis-Pengerusi JKKK dan JKDB, Ketua-Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi dan masyarakat setempat.

Ketika ditanya pemberita pada majlis berkenaan, Ketua Menteri memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan serentak Persidangan Perwakilan UMNO Zon 5 yang melibatkan UMNO Bahagian Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Beluran dan Kinabatangan. Rakyat Sabah khususnya di daerah Sandakan memeang menantikan ketibaan Perdana Menteri, katanya.


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman ketika tiba diiringi oleh Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya di rumah kediamannya


Para pemimpin masyarakat yang bertandang ke rumah terbuka


AJK Bahagian Encik Paraji dan Setiausaha Pergerakan Wanita Bahagian


Encik Ramlin Sila pengacara Majlis rumah Terbuka Hari Raya


AJK Bahagian Encik Alawih D. Yusop baju melayu merah


Pengunjung dari Kampung Keluarga di Rumah Majlis Terbuka


Selepas menghadiri majlis tersebut saya bergegas ke Majlis Walimah anak lelaki Encik Zantapha Zainala Abidin Pemimpin Kemajuan Rakya N. 43 Sekong bertempat di rumah kediamannya di Taman Indah Jaya, Batu 4, Sandakan.


Awang Madi Marizan bin Zantapha dan Supinah binti Miasin


Encik Alawih D. Yusop bersama Encik Zantapha Zainal Abidin pada Majlis Walimah


Sumber: Admin


0 comments: