Seminar berkenaan melibatkan kalangan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB, Pengusaha Barangan Lusuh dan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi anataranya Telekom Malaysia, Celcom, Maxis dan Digi.
Ada tiga Taklimat telah dibentangkan masing-masing oleh; Encik Chow Yau Yang dari Syarikat Telekom Malaysia dengan tajuk "Statistik Kecurian dan Impak Kepada Pengguna".
Encik Mazlan Othman, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM bertajuk "Kesedaran Vandalisma dan Kecurian Peralatan Telekomunikasi" dan
ASP Saramjeit Singh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dengan tajuk "Kesalahan dan Hukuman".
Pada ucapan perasmian Y.Bhg. Encik Jeffry Aman berkata tujuan utama seminar ini diadakan adalah memberi kesedaran terhadap vandalisma dan kecurian kabel komunikasi. Beliau berkata kecurian peralatan komunikasi menimbulkan kerugian besar kepada semua pihak. Beliau memberitahu bahawa pemimpin masyarakat memain peranan penting membantu bagi membentras gejalah vandalisma dan kecurian kabel telekomunikasi di tempat masing-masing.
Berdasarkan statistik sejak Januari sehingga Mei tahun 2012, jumlah kes kecurian peralatan telekomunikasi dilaporkan sebanyak 34 kes dan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM147,800. Pada tahun 2012 jumlah kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak RM45.39 juta dan pada tahun 2011 jumlah kerugian yang dilaporkan adalah sebanyak RM41.34 juta.

Di kaunter pendaftaran ahli-ahli seminar
Y.Bhg. Encik Jeffery Aman - Ucapan Perasmian
Y.Bhg. Tuan Haji Wahab Alfa dalan sesi soaljawab
Barisan Ahli Panel Sesi Soaljawab
Encik Jaafar, Pengerusi JKKK Kg. Air dalam sesi soaljawab
Menikmati jamuan minum pagi di perkarangan Sabah Hotel
Sumber: Admin
0 comments: