19 Jun 2012

Majlis Perjumpaan YAB Ketua Menteri Sabah bersama Ketau-Ketua Masyarakat Zon Sandakan


 


18 Jun 2012 - Isnin:  Menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman bersama Ketau-Ketua Masyarakat Zon Sandakan.

Program berkenaan diisi dengan Taklimat informasi pencapaian pembangunan negeri Sabah ketika ini antara lain;

1) Program MESEJ dan Pembasmian Kemiskinan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Y.Bhg. Datuk Ghulam Jelani, 

2) Informasi Tanah & Ukur oleh Pengarahnya Ybhg. Datuk Osman Jamal, 

3) Informasi Perhutanan Sabah oleh Timbalan Pengarah Perhutanan Sabah Y.Bhg. Fidelis Edwin Bajau dan 

4) Penerangan Pencapaian Negeri Sabah oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah YB Hj. Taufik Abu Bakar Titingan.

YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam ucaptamanya berkata Kerajaan Barisan Nasional perlu dikekalkan sebagai parti pemerintah memandangkan keupayaannya telah memberikan banyak manafaat dari segi kekuatan ekonomi dan juga mendapat kepercayaan para pelabur asing untuk menjalanakan aktiviti perniagaan mereka di negara ini.

Beliau memberitahu bahawa sejumlah RM10 bilion sejak Januari sehingga April tahun ini negeri Sabah memperolehi pelaburab luar negara. Ini adalah kerana kerajaan sedia ada telah memain peranan dalam komitmennya sebagai penentu kestabilan politik yang telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri.

Selain itu, pengurusan negeri yang baik dan efektif juga juga menjadi keutamaan pelabur luar negara datang ke negeri ini untuk menjalanakan aktiviti perniagaan, ini akan menyumbang kepada keperluan tenaga tempatan untuk mendapat pekerjaan.

Dalam hubungan itu, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berpesan kepada pemimpin masyarakat yang menjadi " Mata dan Telinga " kerajaan perlu senentiasa menjalain kerjasama agae selari dengan kerancakkan pembangunan negeri.

Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Ebin, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor, Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan, Menteri Belia dan Sukan Datuk Peter Pang, Pembantu Menteri Kewangan Datuk Hj. Taufik Abu Bakar Titingan, ADUN N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya, ADUN N. 41 Datuk Zakaria Edris dan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj. Ampong Puyon.


 
YB Hj. Taufik Abu Bakar Titingan menerangkan Topik Pencapaian Negeri Sabah


 
Pendapatan Per Kapita Negeri Sabah RM17,242 pada tahun 2012


  
Pencapaian Kewangan Negeri Sabah mendapat pengikhtirafan antarabangsa


Sumber: Admin


0 comments: