17 Oktober 2010

Isu Perobohan Rumah Penduduk Kg. Keluarga


Kawasan sedang dalam penimbusan tanah

Sekitar 32 buah rumah telah menerima notis dari pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan, mengarahkan kepada yang terbabit untuk merobohkan struktur rumah mereka masing-masing kerana terletak dalam kawasan tanah milik Majlis Perbandaran Sandakan di mana akan dibangun sebuah kilang di kawasan berkenaan. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang terbabit terdesak dengan tempoh masa diberikan kepada mereka selama dua minggu dari tarikh penerimaan notis.

Sehubungan itu ada sebahagian penduduk yang menerima notis dari pihak Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan, sedangkan rumah mereka terletak dalam kawasan tanah Kg. Keluarga ( No. Geran: 075542611) bersempadan sengan tanah Majlis Perbandaran Sandakan.

Oleh sebab itu Pengerusi JKKK Kg. Keluarga Encik Alawih Dantalmura telah memohon jasa baik Majlis Perbandaran Sandakan melalui pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N. 43 Sekong mengajukan permohonan rayuan untuk melanjutkan tempoh bagi memberi masa yang cukup untuk penduduk kampung yang terlibat mencari tempat perlindungan sementara dan membuka struktur rumah mereka masing-masing.

Alhamdulillah pihak Majlis Perbandaran Sandakan setelah mendapat permohonan rayuan oleh pihak JKKK Kg. Keluarga melalui pejabat UPKR Encik Zantapa Zainal Abidin serta bantuan dari seorang rakan keluarga Encik Elcospini Gustaham Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan, bersetuju memberi kelonggaran dengan melanjutkan sedikit masa sehingga Hari Raya Aidil Adha akan datang.

Pada 9 oktober 2010 rombongan dari Majlis Perbandaran Sandakan di ketuai oleh Pegawai Penguatkuasa Encik Kassim Selamat bersama egensi kerajaan lain seperti rela, dan imigresen telah datang ke kawasan Kg. Keluarga dengan tujuan ingin merobohkan rumah-rumah penduduk yang telah menerima notis sebelum ini.

Setelah pihak JKKK Kg. Keluarga dan pihak Majlis Perbandaran Sandakan berunding, maka satu keputusan telah diambil dimana mereka yang terlibat dalam kawasan perobohan membuka struktur rumah mereka masing-masing dalam masa tempoh sehingga Hari Raya Aidul Adha.

Namun demikian, ada beberapa rumah telah pun dirobohkan oleh pemilik masing-masing kerana memberi perhatian dan kerjasama ke atas notis yang telah mereka terima. Di bawah adalah gambar-gambar menunjukkan kerja-kerja membuka struktur rumah mereka masing-masing telah pun dilakukan mereka.


Rumah-rumah kampung telah mula dirobohkan


Rumah ini berada dalam kawasan tanah MPS


Garis sempadan Kg. Keluarga dengan Kawasan MPS

Tanda sempadan tanah kampung dengan Kawasan MPS

Pihak JKKK Kg. Keluarga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sandakan khusus Penguatkuasa kerana memberi sedikit kelonggaran kepada penduduk mempertimbangkan rayuan mereka memberi masa yang cukup untuk mereka melakukan kerja-kerja membuka rumah masing-masing supaya bahan-bahan struktur rumah boleh mereka gunakan kembali untuk membina rumah di kawasan lain.

Encik Alawih Dantalmura akan berkerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk memerhatikan dan memastikan semua yang terlibat membuka rumah mereka dan dialihkan dari pada kawasan berkenaan untuk dipindahkan ke kawasan lain.

Sumber: Admin



0 comments: