06 November 2010

Pilihanraya Kecil P. 185 Batu Sapi 4 November 2010


PILIHAN RAYA PARLIMEN P. 185 BATU SAPI memihak kepada Calon Barisan Nasional Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memperolehi undi tertinggi sebanyak 9,773 sementara Calon PR Ansari Abdullah hanya mampu mengambil undi sebanyak 3,414 sementara Calon dari SAPP Datuk Yong Teck Lee ketinggalan di belakang cuma mendapata sebanyak 2,031 undi. Parti Barisan Nasional telah berjaya menarik undi di Parlimen Batu Sapi dengan mejoriti besar sebanyak 6,359 undi.


Bersama rakan lama satu kelas ketika belajar di SK Karamunting bertemu kembali di Pusat Mengundi SK Gas, Batu Sapi


Bersama Cikgu Datu Salleh, Pembantu Amanah Ikhtiar Malaysia ke Pusat Nur Ikhwan Kampung Keluarga 


Sebahagian penduduk Kg. Keluarga gembira mendengar penerangan Ucaptama tentang kepentingan memilih Calon Barisan Nasiona dalam Pilihanraya Perlimen Batu Sapi


Khusuk mendengar memerhatikan penceramah dari Barisan Nasional menjelaskan kepada mereka hanya Kerajaan Barisan Nasional yang boleh membawa pembangunan dan bantuan kepada rakyat


Datuk Seri Panglima Hj. Hassan Alban Sandukong hadir bagi pihak Parti Barisan Nasional berkempen kepada penduduk dan pengundi di Kg. Keluarga


Majlis Perjumpaan kempen pilihanraya dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku


Hadirin dan pengundi turut berdiri tegak bersama pemimpin menghormati dan menyanyikan bersama Lagu Kebangsaan Negaraku


Sebahagian penduduk bersiap-siap untuk mendengar ucapan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi


Kerja-kerja membaiki jambatan yang telah rosak sebelum majlis perjumpaan kempen pilihanraya


Bersama Ismail Hassan (Imam) di Majlis Kempen Pilihanraya di Kampung Bakau, Jalan Batu Sapi, Sandakan


Hadir ke Majlis Perjumpaan Mingguan Sandakan Toasmaster Club di rumah kediaman DSP Hj. Hassan Alban Sandukong


Perjumpaan kempen pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi di rumah Encik Kumar, Taman Mega Jaya



Kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kg. Lupak Meluas Darat MPS jalan Batu Sapi Sandakan


Bersama Tuan Hj. Faisal, mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi dan Ketua Pemuda Negeri Sabah di Kg. Bokara


Keputusan yang memberi kejayaan besar kepada Parti Barisan Nasional telah membuktikan bahawa masyarakat di Kawasan Batu Sapi masih memberi keparcayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman serta yakin dengan pimpinan UMNO Bahagian Batu Sapi yang diterajui oleh Datuk Samsudin Yahaya selaku Wakil Rakyat di Kawasan N. 43 Sekong.


Sumber: Admin


0 comments: