- Jangan jadikan kekurangan dan kemiskinan sebagai alasan, untuk tidak mengejar kejayaan -
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya menyempurnakan pelancaran Program Jelajah Pendidikan Bumiputera, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia bertempat di Dewan PPR, Taman Batu Sapi pada Selasa 21 Mac 2017.
Datuk Haji Samsudin Yahya, dalam ucapannya, telah merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ybhg. Tan Sri Ir. Dr.Sahol Hamid Abu Bakar, selaku Pengerusi Jelajah Pendidikan Bumiputera, kerana telah memilih Batu Sapi, dalam program ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong berkata " Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedang diterajui Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak, sememangnya, amat menitikberatkan soal pendidikan.
" Jangan jadikan kekurangan dan kemiskinan sebagai alasan, untuk tidak mengejar kejayaan, kerana Kerajaan BN sentiasa menyediakan bantuan dan kemudahan pendidikan, bagi mempastikan golongan sasar ini mendapat pendidikan yang sempurna, seterusnya dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Dengan kehadiran lebih daripada 300 orang yang hadir, kita meletakan harapan yang tinggi, agar mereka dapat menafaatkan peluang ini dengan sepenuhnya. "
Hadir sama; Pengerusi Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera Prof Emertius Tan Sri Dr. Saho; Hamid Abu Bakar, Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Tn. Hj. Mohammad Ammir Haron, Pengerusi MAEPS, merangkap Naib Ketua Pergerakan Puteri Malaysia Dato Zahida Zarik Khan, Pengerusi Pendidikan Bumiputer Malaysia Tn. Hj. Faizal Daud, Ybhg. Dato' Haji Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, Ybhg. Tuan Haji Sharif Mahada Sarif Attar, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Ketua Puteri Batu Sapi Pn. Hazulizah Md Dani, Naib Ketua Wanita Batu Sapi Pn. Marlinah Mustapha, dan PPM Sekong En. Zantapha Zainal Abidin.
Sumber: Ketua Penenrangan UMNO Batu Sapi
0 comments: