27 Januari 2017

Jentera BN Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri Awal - Datuk Abdul Rahman Dahlan



"Pilihan raya negeri awal atau tidak, jentera telah siap sedia,"


Jentera Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia dari segi psikologi untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Pilihan raya negeri awal atau tidak, jentera telah siap sedia," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ketika ditanya mengenai laporan media yang Sabah mungkin mengadakan pilihan raya negeri lebih awal sebelum tempoh matang pilihan raya umum pada 2018.

Abdul Rahman yang juga pengarah Komunikasi Strategik BN berkata pada pandangannya, pilihan raya negeri yang diadakan lebih awal daripada pilihan raya umum adalah lebih 'meriah'.

"Pilihan raya negeri Sabah secara berasingan membolehkan rakan-rakan dari Semenanjung turun membantu jentera BN Sabah," katanya sambil menambah 20 tahun dulu pilihan raya negeri Sabah sememangnya diadakan secara berasingan dengan pilihan raya umum.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.


Sumber:  Bernaman



0 comments: