20 Disember 2012

Perjumpaan Bersama Penduduk Kampung



Pengerusi JKKK Alawih D. Yusop bersama ketuaisi rumah


20 Disember 2012: Mengadakan perjumpaan bersama ketua isi rumah penduduk kampung membincangkan perpindahan mereka dari kawasan tanah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), kerana terlibat dalam projek pembinaan kilang kendalian pihak MPS.

MPS memberikan mereka tempoh masa seminggu untuk mengalihkan rumah mereka yang terbabit dari kawasan berkenaan. Dalam perjumpaan itu, saya akan membantu penduduk yang layak sahaja untuk di pindahkan ke dalam kawasan tanah kampung di sebelah hujung bahagian selatan bersempadan dengan lokasi Persatuan Pengusaha Lori Sandakan, lagipun kawasan itu telah diratakan dan ada kemudahan jalan raya serta akses sumber elektrik dan air.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Keluarga, saya akan melakukan tapisan terperinci dan berhati-hati kepada penduduk yang telibat, iaitu hanya penduduk tempatan sahaja dan telah mendaftar sebagai pemilih di kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi adalah menjadi keutamaan boleh diberikan kemudahan tempat untuk membuat rumah di dalam kawasan tanah Kg. Keluarga.

Saya berpendapat adalah sia-sia sekiranya mereka tinggal dalam kawasan Kg. Keluarga dan tidak mengundi dalam kawasan DUN Sekong atau Parlimen Batu Sapi. Dalam catatan terkini penduduk di sini yang layak mengundi 60 orang dan belum mendaftar 49 orang, tetapi pengundi DUN Sekong hanya ada 30 manakala 30 orang lagi di lain-lain kawasan.

Dalam penyususnan semula kampung, saya akan memastikan bahawa penduduk yang tinggal dalam kawasan Kg. Keluarga ini adalah 100% mengundi dalam kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi. Ini adalah bertujuan demi keselamatan dan kemajuan pembangunan masa depan Kg. Keluarga.


Sumber: Admin


0 comments: