02 Disember 2012

Makna Di Sebalik Soalan Cepumas - YAB Presiden UMNO





Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak di dalam ucapan penangguhannya pada Perhimpunana UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, telah melontarkan soalan cepumas yang penuh makna sebagai menguji tahap kesetiaan ahli UMNO untuk menyokong parti apabila mereka tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 nanti.  

Beliau mengajak para barisan pejuang parti untuk memikirkan persoalan itu kerana ia bakal jadi titik penentu kalah menang parti UMNO menjelang pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Lima perkara / perihal  kemungkinan dengan mesej penting iaitu:
Sekiranya anda tidak menjadi calon pilihan raya akan datang…?
1.  Sokong sepenuhnya pada calon pilihan parti
2.  Sokong
3.  Tidak bekerja
4.  Sabotaj parti dan
5.  Lompat parti


" Ini survey penting tanya diri sendiri, kita tidak akan edar borang dalam dewan ini, jangan bimbang... tetapi saya nak tuan puan sekalian dalam dewan ini, dalam perjalanan balik nanti, dalam kereta, dalam bas ekspress nanti, cuba tepuk dada tanya selera. "  Katanya disambut tepukan gemuruh anggota perwakilan. 

" Kita hendak semangat sperti ini bertahan sampai masa pilihan raya. Bawa balik masa kita jumpa penyokong-penyokong kita, sebab dalam kalangan kita banyak batu ronsonnya (batu api), banyak tukang kipas dan cong (tipu) kita, kalau tidak kuat iman, daripada sokong sepenuhnya turun pada sokong, ataupun dari sokong dia buat dek (tak tahu) tidak bekerja untuk parti atau lebih parah dia sabotaj atau lompat parti. "  Katanya.

Beliau turut mencuit sinis golongan yang sanggup mengkhinati parti selepas puas merasai nikmat yang diperolehi semasa berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). 


Beliau berkata.  " Saya sebut ini sebagai segala kemungkinan. Dalam dewan ini hampir semua penyokong tegar, penyokong setia pada perjuangan parti. Tetapi jangan lupa ada juga bekas menteri, timbalan menteri yang sudah mengkhianati parti ini. 

Dia sudah rasa nikmat jadi menteri dan timbalan menteri dan banyak lagi nimat lain, tetapi hari ini kerana gila jawatan, mingkin kerana dihasut orang tertentu, hari ini mereka jadi orang yang menentang UMNO dan BN. "  Katanya.

Sebab itu, kata YAB Dato' Sri Mohd Najib, pada perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ini, jawapan paling wajar kepada soalan cepumas yang dilontarkan itu adalah perakuan untuk terus menyokong calon yang dipilih pucuk pimpinan parti, di mana seluruh pejuang UMNO mesti menjawab dengan suara penuh yakin dan hebat. Jawapan pada soalan cepumas itu adalah, kalau saya tidak dipilih sebagai calon, saya akan tetap menyokong calon UMNO dan BN.

Bartanya Najib kepada semua perwakilan sebanyak tiga kali.  " Boleh kah tuan-tuan dan puan-puan, boleh kah... ? "

" Boleehhh... "  Tiga kali dijawab oleh lebih 2,700 perwakilan dengan suara jeritan yang penuh bersemangat.

YAB Dato Sri Mohd Najib berkata, sekiranya jawapan yang diberikan itu lahir dari hati yang ikhlas ahli-ahli UMNO, maka beliau yakin kemenangan dua pertiga akan memihak kepada BN menjelang pilihan raya umum akan datang.


Sumber:  UMNO Online



0 comments: