Advanced Communicator Bronze, Alawih D. Yusop
Sesuatu yang luarbiasa pernah saya lakukan adalah menyertai pertandingan pengucapan awam yang dikendalikan dalam bahasa English. Biasanya saya melakukan apa-apa ucapan di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan menggunakan bahasa Malaysia.
Pada 20 Oktober 2012 telah dianjurkan Pertandingan Pidato Lawak Jenaka dan Pertandingan Ucapan Penilaian bertempat di Royal Palm Hotel, Lahad Datu.
Saya hanya ada persediaan selama dua hari sebelum kemuncak pertandingan berlangsung. Ahli-Ahli Kelab Pidato Toastmasters Sandakan terutama Hj. Al Fazli Mohd Salleh ACS, CL dan Datin Nurifrederi Bederi ACS, CL yang telah banyak membantu dengan memberikan sokong padu, semangat, menyebabkan saya terdorong untuk menyertai pertandingan dalam bahasa English itu.
Selain itu saya juga mendapat sokongan daripada Hatta Yunus Sawabi ACG, ALB mantan Area Governor K2 (2011-2012), TM Ismail Hassan, TM Mohd Akram Indin dan TM S. Zainal Abidin S. Ali yang telah turut hadir pada majlis pertandingan sejak awal sehingga berakhirnya majlis.
Alhamdulillah, saya dapat memberikan ucapan dalam bahasa English tanpa perasaan gementar, berani berdiri di khalayak ramai walau saya belum bersemuka dengan kebanyakan para audience. Keyakinan diri ini telah saya perolehi dengan belajar bersungguh-sungguh di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Menyediakan persekitaran pembelajaran yang positif dan saling menyokong di mana setiap ahli berpeluang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi seterusnya terdidik menjadi individu yang berkeyakinan dan pembangunan kendiri.
Sungguh pun saya tidak mendapat tempat di Top 3, namun saya sangat berpuas hati kerana dapat bersaing dengan ahli-ahli yang memang berada dan menggunakan ucapan dalam bahasa English berbanding saya yang menggunakan bahasa Malaysia boleh memberikan ucapan di dalam bahasa English.
Saya yakin dengan pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad adalah benar bahawa penggunaan bahasa English penting, sehingga beliau pernah menyarankan sabjek matapelajaran matimatik dan sains di sekolah hendaklah dalam bahasa English.
Komuniti melayu perlu mengambil iktibar ini, pastikan mengambil berat tentang ilmu menguasai bahasa English sebagai bahasa kedua setiap warganya. Suatu hari nanti bahasa kedua itu sangat-sangat diperlukan kerana ia adalah bahasa antarabangsa selain bahasa ilmu.
Ahli-Ahli Lahad Dato Toastmasters Club, Tawau Toastmasters Club, Sandakan Toastmasters Club dan Sandakan Pidato Toastmasters Club
Ahli-Ahli Sandakan Toastmasters Club dan Sandakan Pidato Toastmasters Club
Ahli-Ahli Sandakan Pidato Toastmasters Club yang telah hadir pada program itu
Sumber: Admin
0 comments: