22 Oktober 2012

ENAM OBJEKTIF UTAMA BAJET 2013 (Tahun Depan)



Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bersama 3 Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika pembentangan Bajet 2013 di Dewan Undanga Negeri Sabah pada 19/10/2012


6M Objektif Utama Bajet 2013
  • Mengukuhkan kedudukan kewangan negeri 
  • Menambahbaik infrastruktur asas dan prasarana awam 
  • Mempercapatkan pencapaian halatuju 
  • Membangunkan belia dan modal insan yang bernilai dan berkualiti tinggi 
  • Membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualiti hidup rakyat 
  • Mencapai pembangunan wilayah yang seimbang 

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman membentangkan Bajet 2013 pada 19 Oktober 2012 di Dewan Undangan Negeri Sabah menujurus kepada enam objektif utama berjumlah RM4.088 bilion adalah bajet terbesar negeri Sabah pernah berlaku.

Pembentangan Bajet 2013 tahun hadapan lebih sejam itu menganggarkan hasil negeri berjumlah RM3.828 bilion lebih tinggi jika dibandingkan dengan hasil pada tahun ini (2012) sebanyak RM3.690 bilion.

Sebanyak RM1.412 bilion diperuntukkan bagi pembiayaan pelbagai jenis program pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Menurut Ketua Menteri program ini akan memberikan impak yang maksima untuk meningkatkan lagi kualiti hidup masyarakat khususnya yang berada kawasan di luar bandar.

Ia termasuklah projek jalan raya yang boleh merangsang pertumbuhan sosio-ekonoi, memperluaskan lagi perhubungan ke kawasan-kawasan terpencil. Projek penyediaan bekalan air dipertingkatkan bagi menampung tambahan keperluan bekalan air bersih disamping mengatasi masalah-masalah bekalan air di beberapa kawasan.

Pembentangan bajet tahun depan telah disajikan dengan enam buah pantun oleh Ketua Menteri:

Negeri Sabah aman sentosa
Masyarakat hidup seia sekata
Belia progresif harapan bangsa
Mereka pewaris negeri tercinta

Bersukaria di kebun nyonya
Bawa sejambak bunga Melati
Golongan wanita apa kurangnya
Sentiasa menyumbang menabur bakti

Mari melancong ke Pantai Timur
Bersama keluarga membeli belah
Negeri ditadbir aman dan makmur
Penjawat awam tetap dibela

Apa diharap padi seberang
Padi disemai rosak binasa
Apa diharap pada pembangkan
Janji manisnya bohong belaka

Apa diharap padi seberang
Tidak berisi bertangkai condong
Apa diharap pada pembangkang
Bercakap bohong berjanji kosong

Berkilau indah batu permata
Tinggi nilainya jadi idaman
Demi rakyat dan negeri tercinta
BN berjuang sepanjang zaman


Ketua Menteri berkata sebanyak RM10.96 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program program pembangunan wanita di mana kerajaan komited dalam usaha memperkasa golongan wanita yang mana melibatkan semua kaum wanita termasuklah ibu-ibu yang bekerja, suri rumah dan pelajar.

Beliau berkata sebanyak RM87.05 juta diperuntukkan bagi pembiayaan program Pembangunan Sosial dan Kebajikan Am dan pelaksanaan skim bantuan kepada rakyat. Sebanyak RM57.95 juta daripada jumlah itu akan disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah untuk pelaksanaan perbagai program kebajikan. Ini termasuklah Skim Bantuan anak yatim, miskin, orang kurang upaya, kanak-kanak istimewa, bantuan peralatan ortopetik, tabung derma dan penyelenggaraan bangunan warga emas.

Ketua Menteri mengumumkan kira-kira 18,000 penjawat awam negeri Sabah akan berpeluang mendapat bonus satu setengah bulan gaji. Beliau berkata ini sebagai suntikan semangat agar mereka terus berkhidmat dan berbakti dengan berdedikasih, beramanah dan berintegriti dengan itu setiap penjawat awam akan berjasa dan ini adalah amat setimpal dan sepadan ganjaran yang diberikan kerajaan.

Bajet tahun depan merupakan jaminan kesejahteraan rakyat memberi tumpuan kepada semua peringkat. Kerajaan Barisan Nasional negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menunjukkan rasa keprihatinan di mana peruntukkan tertumpu kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Khas untuk membantu mereka yang kurang bernasip baik. Boleh dikatakan Bajet tahun depan adalah Bajet Kesejahteraan Rakyat.

Sumber:  newsabahtimes

0 comments: