14 Mei 2012

Majlis Pengagihan Komputer Netbook 1 Malaysia Parlimen Batu Sapi



Sebahagian dari penerima Komputer Netbook 1 Malaysia berpusu-pusu mendaftar sebagai penerima


13 Mei 2012 - Ahad: Hadir Majlis Perasmian Program Pengagihan Komputer Netbook 1 Malaysia Kawasan Parlimen Batu Sapi oleh YB Datin Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen P. 185 Batu Sapi, bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Agihan Komputer Netbook 1 Malaysia ini adalah peruntukan kerjaan yang dikhaskan untuk pemimpin masyarakat iaitu kalangan Ketua Cawangan Parti Komponen Barisan Nasional dan Pertubuhan Bukan Kerjaan (NGO) Kawasan Parlimen Batu Sapi.

Ribuan pemimpin masyarakat telah membanjiri Dewan Masyarakat Sandakan sejak tengahari hingga lewat petang bagi menerima Komputer Netbook 1 Malaysia diberikan secara percuma oleh Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.


 
YB Datin Linda Tsen Thau Lin menyampaikan Komputer Netbook 1 Malaysia kepada salah seorang penerima (Pemimpin Masyarakat)


 
Keluhatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu Sapi sedang menunggu giliran nama mereka dipanggil untuk menerima Komputer Netbook 1 Malaysia


 
YB Datin Linda Ahli Parlimen Batu Sapi, menandatangani pembetulan kesilapan data pada borang-borang penerima


 
Saya selaku Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK Kg Keluarga turut mendapat tersenarai sebagai penerima Komputer Netbook 1 Malaysia


Selaku Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK Kg. Keluarga, saya mengucapkan sebesar-besar terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional telah memberikan Komputer Netbook 1 Malaysia. Ini menunjukkan keprihatinan kerjaan bagi menglibatkan pemimpin masyarakat peka kepada teknologi terkini terutama berhubung media baru yang telah menjadi medan penyaluran maklumat terpantas pada ketika ini.

Saranan saya kepada penerima Komputer Netbook 1 Malaysia, berhati-hati dalam penggunaannya kerana sistem dunia terbuka tanpa sempadan ini amat mencabar, baik buruknya bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan alat bantu ini. Semoga ia memberi manafaat terbaik kepada penerima khasnya di Kawasan Parlimen Batu Sapi.


Sumber: Admin


0 comments: