Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sandakan
20 April 2012 - Jumaat: Hadir menyambut ketibaan YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia bersama isteri YABhg Datin Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Sandakan, dalam rangka lawatan kerja sehari melawat Sandakan Bandar Semula Jadi. Beliau tiba dari Kota Kinabalu bersama YAB Datuk Sri Panglima Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah tiba di Lapangan Terbang Sandakan sekitar jam 6:45 petang.
Sejurus kemudian beliau berangkat ke Dewan Hakka, Batu 6, Jalan Labuk Sandakan menghadiri Majlis Perdana Bersama Rakyat 1 Malaysia anjuran Parlimen Sandakan dan Parlimen Batu Sapi. Beliau diraikan dalam Majlis Makan Malam, turut hadir YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman, Tan Sri Joseph Pairin Titingan, Datuk VK Liew, Datin Linda Tsen Thau Lin, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya dan sekitar 2,000 pemimpin masyarakat kawasan Sandakan dan Batu Sapi.
Hadirin Majlis Perdana Rakyat 1Malaysia - Khairul Firdaus dan Jawatankuasa Pemuda Batu Sapi.
Menyambut ketibaan Perdana Menteri di Dewan Hakka
AJK Bahagian UMNO Batu Sapi
Dato' Seri Najib Razak di Pasar Taman Mawar, Sekong, Batu Sapi
Di Pasar Bandar Kim Fung - Dato' Seri Najib sedang mendengar dan memerhatikan kemushkilan dari beberapa orang warga emas keturun kaum Cina
Dato' Seri Najib Razak minum kopi bersama rakyat di Pasar Bandar Kim Fung
Dato' Seri Najib Razak bersama Komuniti 1Malaysia di Bandar Kim Fung, Sandakan
"Sekarang Mandarin sudah jadi bahasa pertuturan antarabangsa. Jika kita menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin, ia menjadikan kita hebat untuk bersaing pada peringkat antarabangsa." - Najib Razak, Perdana Menteri
Dato' Seri Najib berucap pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Serbaguna Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan
Perasmian Pecah Tanah Bangunan Sebaguna SMK Yu Yuan, Sandakan
Dato' Seri Najib Razak menyempurnakan pecah tanah di tapak banguan serbaguna SMK Yu Yuan
Encik Elcospini Gustaham Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan
Pengerusi JKKK / Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi - Encik Alawih Dantalmuras
Sumber: Admin
0 comments: