06 April 2012

SAJAK - KU CARI DAMAI ABADI


Salamu'alaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Dalam mengharungi kehidupan moden dengan pelbagai ranjau perjalan hidup di bumi bertuah Malaysia, suatu negara yang telah dianugrahkan kepada kita kemajuan, keamanan, kepelbagaian etnik masyarakat yang berbilang budaya dan fahaman politik serta kepercayaan agama. Hari in saya teringat sebuah kariya tokoh negara iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk dikongsi bersama......



Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Nukilan:
Tun Abdullah Ahmad Badawi - 2004
Mantan Perdana Menteri Malaysia


0 comments: