15 Februari 2012

Mesyuarat Taklimat Pendaftaran Bergerak Kawasan N. 43 Sekong


14 Februari 2012: Hadir Mesyuarat Taklimat oleh Pegawai Pendaftaran Negara bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian P. 185 Batu Sapi. Semua Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB Kawasan N. 43 Sekong hadir mengikuti taklimat yang telah berlangsung bermula jam 10:00 a.m. hingga ke 03:00 p.m.

Turut hadir Yang Berhormat Datuk Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi dan ADUN Kawasan N. 43 Sekong bersama semua ahli UPKR Sekong.

Taklimat berkenaan antara lain menerangkan perjalanan dan kendalian proses pendaftaran lewat Sijil Lahir dan Kad Pengenalan oleh Unit Bergerat Jabatan Pendaftaran Negara Kota Kinabalu yang akan bermula pada 7,8 dan 9 Mac 2012. Lokasi pusat pendaftaran di Tronglet, Bambangan dan Segaliud.


Sebahagian dari Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan JKDB


Dari kanan Encik Zantapha Zainal Abidin (Pemimpin Kemajuan Rakyat), tengah Tn. Haji Noorzain (Pegawai Pendaftaran Negara) kiri YB Datuk Samsudin Yahya (Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi & ADUN Sekong)


Program pendaftaran bergerak ini merupakan insiatif pihak kerajaan prihatin membantu masalah penduduk kampung yang tiada dokumen kelahiran sedangkan ibu/bapa mereka adalah kalangan bumiputra. Rakyat terutama di Kawasan N. 43 Sekong perlu berterima kasih kepada Wakil Rakyat Datuk Samsudin Yahya yang telah bertungkuslumus memastikan menggalakan kehadiran pihak Jabatan Pendaftaran Negara dalam membantu kerumitan yang selama ini dihadapi oleh sebahagian dari masyarakat Kawasan Sekong.


Sumber: Admin




0 comments: