- Mewujudkan sekumpulan pemimpin masyarakat yang berpengetahuan dan terlatih sebagai agen penyampai pencegahan demam denggi.
- Memperkukuh peranan sekumpulan pemimpin masyarakat dalam menggerakkan usaha-usaha menghapuskan tempat-tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes di kediaman dan persekitaran setempat.
Sesi praktikal mengesan tempat pembiakkan nyamuk aedes telah di adakan di perumahan Taman Mawar Fasa 2. Satu kaedah yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membendung serangan nyamuk aedes adalah dengan menyediakan 10 minit setiap minggu kepada penduduk di rumah dan sekitarnya masing-masing mebersihkan kawasan terutamanya tempat-tempat yang terdedah kepada peluang nyamuk eades membiak.
Merupakan tugas kami selaku pemimpin akar umbi menyampaikan maklumat ini kepada setiap penduduk tanpa henti membantu kerajaan mengatasi dan mencegah pembiakan nyamuk yang membawa virus penyakit denggi bagi kepentingan semua pihak terutama sekali penduduk itu sendiri.
0 comments: