07 Oktober 2010

Program Pembangunan / Penyusunan Semula Kg. Keluarga



Lori memunggah tanah timbusan




Sempadan Kawasan Kg. Keluarga / MPS




Jentera berat menolak tanah timbusan



Pihak JKKK dan pemilik tanah serta penduduk Kg. Keluarga telah sepakat untuk membangun dan menyusun semula penempatan Kg. Keluarga seiring dengan pembangunan dan kemajuan semasa Daerah Sandakan.

Bila dilihat pada mata kasar, sememangnya berpatutanlah untuk menyusun semula kampung, kerana pada masa ini di sekeliling kawasan kampung telah mengalami perubahan pembangunan seperti projek-projek perumahan mahupun projek-projek perindustrian oleh piahk swasta dan kerajaan.

Setelah siapnya Jalan Lintas Sibuga (sebelum ini: Jalan Fook Kim) merentasi kawasan kampung bermula dari Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 hingga ke kawasan perindustrian Batu Sapi. panorama asal Kg. Keluarga terdedah kepada pemandangan lalu-lintas, maklumlah ia merupakan perkampungan tradisional klasik.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi JKKK Kg. Keluarga berpendapat perlu ada perubahan drastik untuk kerja susun-atur Kg. Keluarga selaras dengan objektif semasa kerajaan Negeri Sabah.

Jika difikirkan, ianya satu tugas yang berat serta menelan belanja yang amat besar selain berhadapan dengan kerena penduduk yang terlibat perlu dialihkan buat sementara ke tempat lain bagi memudahkan kerja-kerja pembangunan.

Semua ini akan menjadi realiti setelah adanya kerjasama di antara penduduk kampung, pemilik tanah dan JKKK Kg. Keluarga selain mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan.


Program ini akan melibatkan tiga fasa pembangunan seperti:
Fasa Pertama:

Melibatkan kerja-kerja asas, iaitu menimbus kawasan berpaya (rendah) dan meratakan kawasan berbukit. Kemudian mengukur susun-atur untuk penyediaan lot-lot penempatan.


Fasa Kedua:

Melibatkan kerja-kerja projek infrastruktur/prasana seperti jalan kampung, saliran, bekalan elektrik, bekalan air bersih (paip) dan perkhidmatan talian telefon.


Fasa Ketiga:

Membina rumah rumah kampung dan kemudahan prasaran rakyat seperti Balai Raya, Surau, Unit Khidmat Masyarakat dan Kemudahan Sukan.

Pada masa ini kerja kerja menimbus tanah sedang giat dijalankan, ada bebarapa buah rumah telah pun dirobohkan dan ditempatkan sementara di kawasan lain. Sementara ini ada beberapa buah rumah lagi sedang dalam proses pemindahan, dijangakah proses penimbudan dan meratakan kawasan kampung akan memakan masa selama dua tahun.

Perhatian dan khidmat bakti Wakil Rakyat dan Pegawai Pegawai Kerajaan bersangkutan amatlah diperlukan bagi kesinambungan impian ini tercapai menjadikan ia satu realiti. Tanpa bantuan dan jasa baik mereka yang penting itu, maka impian tersebut terpaut di pertengahan landasan pembangunan.


Sumber: Admin

 


0 comments: